Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar
tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut
melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin
untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba
ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan
tekun sekali.
Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini
kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia
tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu
rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah
dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam
rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir surah
Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut
menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang
dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid
menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.
Satelah
sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang
teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam
adalah menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat
terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak
percaya. Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu.
Pada
suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid mengintai gerak geri
hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul Wahid nampak
hambanya menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja pintu
tersebut terbuka dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid
dengan kehairanan. Satelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup
kembali dengan sendirinya. Abdul Wahid terus mengekori hambanya sehingga
sampai kesuatu tempat yang lapang (padang pasir). Hambanya terus
menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang diperbuat daripada kain
guni. Hamba tersebut terus menunaikan solat sehingga terbit fajar.
Satelah selesai solat hamaba tersebut menadah tangan kelangit dan
memohon doa kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang
besar berilah upah kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah
sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh hamba tersebut. Abdul
Wahid memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan takjub sekali.
Oleh
kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air disekitarnya
untuk berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau berdoa dia
berjanji akan memerdekakan hambanya kerana hamba yang saleh spertinya
tidak seharusnya menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai berdoa
Abdul Wahid mencari hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah
menghilangkan diri dengan bagitu cepat sekali. Abdul Wahid cuba mencari
jalan untuk pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa kerana tempat
tersebut asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas
tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu tiba-tiba
dia ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda sedang menuju
kearah beliau.
Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu
ketibaan orang tersebut dan apabila sampai ketempat beliau, orang
berkuda tersebut bertanya "apakah yang kamu buat ditengah- tengah padang
pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan dan berkata
didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui nama aku. Abdul Wahid
menceritakan kepada orang berkuda apa yang telah berlaku. Orang berkuda
itu berkata lagi "janganlah kamu berasa curiga terhadap apa yang
berlaku" Abdul Wahid mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh
orang berkuda tadi. Orang berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa
jauh rumah kamu dangan tempat ini" jawab Abdul Wahid " saya tidak tahu".
"Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari dengan
cepat" kata orang berkuda. Abdul Wahid kehairan dengan kata-kata orang
berkuda tadi dan berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam
tadi hanya beberapa mini sahaja perjalannya kemari.
Sebelum
berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul Wahid supaya
mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba mu akan
datang dan kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid menunggu
sahaja disitu seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa
menuggu Abdul Wahid sudah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana
keletihan dan kehausan. Apabila Abdul Wahid tersedar dari tidurnya dia
mendapati makanan dan minuman telah terhidang disisinya dan hambanya
juga berada disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid makan makanan yang
telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan dengan lahapnya
kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Adul Wahid
"janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan tunggulah disini
sehingga saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan solat sehingga
terbit fajar. Satelah selesai sembahyang hambanya berdoa seperti malam
sebelumnya , tiba-tiba jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan
kepada Abdul Wahid dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya
seraya berkata "ini wang dirham untuk malam tadi".
Satelah selesai
hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan dengan cepatnya dan tidak
sampai beberapa saat mereka telah tiba dihadapan rumah Abdul Wahid.
Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid "betulkah tuan akan memerdekakan
saya kerana Allah Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya
menunjukkan kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah
wang tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu yang telah
lama berada disitu dijadikan wang tebusan. Lalu Abdul Wahid mengambil
batu tersebut dan dengan serta merta batu tersebut bertukar menjadi
seketul emas. Abdul wahid kehairanan diatas keajaiban yang berlaku yang
dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini.
Pada waktu siangnya
Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang menuduh hambanya menggali kubur
dan menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku. Sementara
dirumahnya berlaku kekecuhan dimana anak perumpuan Abdul Wahid memaki
hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam anyahnya tidak balik
kerumah dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan
jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid dengan
perasaan marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan kearah
hamba tersebut lalu terkena pada matanya dan menyebabkan mata hambanya
terkeluar dan dia jatuh pingsan.
Satelah Abdul Wahid kembali
kerumahnya daripada melawat kawannya keadaan kelam kabut telah terjadi
dimana orang ramai yang berada disitu telah memberi tahu kepadanya apa
yang telah berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil pedang
lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal
diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak
mengetahui keadaan sebenarnya.
Satelah hambanya sedar dari
pengsan, hambanya bangkit serta mengambil mata yang terjatuh lalu
dimasukkan kembali ketempat asalnya sambil berdoa kepada Allah supaya
memulihkan kembali penglihatannya. Satelah berdoa, matanya kembali
sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul
Wahid yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama
kemudian tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala.
Hambanya terus meminta diri dan berlalu dari situ. Orang ramai
kehairanan melihat keajaiban yang telah berlaku.
No comments:
Post a Comment